Halaman

Rabu, 24 Februari 2010

RASULULLAH PEMBAWA RAHMAT KEPADA SEKALIAN ALAM.

Tanggal 12 rabiul awal 1314 hijriah bersamaan dengan 26 febuari 2010 ini,sekali lagi umat islam khususnya di Tanah air kita Malaysia akan merayakan satu lagi perayaan besar yang dinamakan sambutan maulidul Rasul.

Kenapa kita perlu mengadakan sambutan maulidul Rasul ni..walaupun nabi tak pernah buat?..

kalau benda-benda yang kita buat tapi nabi tak buat..itu di istilahkan bid'ah...sebab sekarang ni masyarakat kita ni..dah ramai yang pandai sangat...buat itu bid'ah..buat ini..bid'ah...sebab kerja cari salah orang ni..memang mudah..tidak membuat kajian dan penyelidikan terus melebalkan bid'ah..ilmu tak seberapa..tapi nak tunjuk pandai..tak mahu bertanya kepada yang lebih a'rif...kita ada tuan mufti yang sentiasa memelihara keharmonian dan kesucian Agama Islam....

Sebenarnya minda masyarakat kita telah berjaya diracun oleh musuh-musuh Islam...sebab musuh-musuh Islam ini akan mencari dimana tempat yang boleh memecah belahkan umat Islam dengan cara yang halus melalui apa juga ruang yang boleh dikelirukan dengan menggunakan apa juga cara dan jika kita tidak berilmu dan terus mempercayainya maka kita akan terpengaruh dengan mereka...sebab itu Allah telah mengingatkan kita dalam Al-Quran..Jika sesuatu kaum itu membawa suatu berita maka hendaklah kita menyelidikinya terlebih dahulu dan jangan terus mempercayainya....sebab budaya masyarakat kita kini inginkan sesuatu yang baru dan terus percaya.

Kalau kita melihat kepada kebaikan umat Islam di Malaysia mengadakan program sambutan Maulidul Rasul amatlah banyak manfaatnya,antaranya kita dapat memantapkan lagi keimanan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.aw,kerana dalam acara ini kita diberikan santapan rohani dengan ceramah yang berkisar tentang kerasulan nabi Muhammad s.a.w,akhlak nabi,sirah nabi dan sebagainya.

Kisah-kisah atau sirah-sirah ini jarang kita diperdengar pada bulan-bulan yang lain,Maka dengan mengingati kembali sirah-sirah Rasulullah ini ianya akan mempertuguhkan lagi kecintaan kita kepada junjungan besar kita dan kita akan bersemangat untuk megikuti akhlak yang dituntuki oleh baginda Rasulullah.apakah ini salah?..atau menyesatkan umat Islam?...

Fikir-fikirkanlah sebelum berbicara...buat sesuatu biarlah dengan ilmu jika tidak amalan kita kosong dan sia-sia..SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL ...wallahu a'lam..

Selasa, 23 Februari 2010

ALLAH KASIH KEPADA ORANG BERSYUKUR

Firman Allah : Jika kamu bersyukur nascaya akan Aku tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur ( tidak bersyukur atas nikmat yang berikan ) sesungguhnya Azab Ku amat pedih.."

Perkataan "SYUKUR" amat mudah disebut,ia berasal dari perkataan arab shakaro,yang bermaksud terima kasih.

Kalau kita berterima kasih kepada Allah kebiasaanya kita ucapkan Al Hamdulillah..terutama kebiasaan kita bila sedawa selepas kenyang..itu dikira satu amalan yang baik,kerana kita bersyukur diberi nikmat merasai makanan yang telah mengeyangkan yang dikurniakan oleh Allah.

Dalam kehidupan kita seharian ini..bukan hanya bila kenyang sahaja perlu kita ucapkan Al Hamdulillah..sebab cukup banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita pada setiap saat,minit,jam,hari,minggu dan hinggalah yang dikatakan akhir hayat atau mati..semuanya dipenuhi dengan nikmat.

Firman Allah : " Jika kamu hendak menghitung nikmatKu,nascaya kamu tidak dapat menghitungnya.."

Begitulah banyaknya nikmat Allah.Renungkanlah dan fikirkanlah kehidupan kita seharian..sebab
akal juga merupakan satu nikmat yang diberikan..

Kita hidup di alam dunia,tinggal di atas muka bumi dan bumi yang kita diami ini dipanggil tanah air dan tanah air kita ini dinamakan Malaysia.

Kita tinggal dan hidup di negara kita ini cukup bertuah jika kita hendak dibandingkan dengan negara jiran-jiran kita di wilayah ini,negara mereka ada yang ditimpa musibah,malapetaka sehingga menyebabkan kehidupan mereka sensara.

Apakah kita tidak merasakan kenikmatan itu? atau kita ingin mencari negara lain untuk kita diami ?

Nabi ada bersabda : " mengasihi/mencintai tanah air itu sebahagian daripada iman"

Maka marilah kita memelihara tanah air kita,jangan kita hancurkanya dengan terikut-ikut cara musuh-musuh Islam yang mahu melihat keharmonian umat Islam di Malaysia ini hancur.

Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah,jangan menyesal dikemudian nanti.jadikan sejarah kejatuhan kerajaan melayu Melaka itu sebagai panduan,beribu tahun untuk kita menikmati kembali kemerdekaan dan kesenangan ini.

Marilah kita berdoa agar Allah sentiasa memlihara negara kita ini daripada binasa dan kehancuran dan kita mohon agar Allah sentiasa menanamkan semangat perpaduan diantara kita umat Islam dan bangsa Melayu agar sentiasa mentadbir tanah air yang tercinta ini..amin ra rabbal alamin.

Khamis, 11 Februari 2010

AGAMA ISLAM AGAMA PENYATUAN.

Kita punyai Tuhan yang asa iaitu Allah
kita berasal dari satu insan ... Nabi Adam As...
Kita berasal dari satu sumber iaitu air mani yng merupakan dari saripati tanah..
Kita menyembah Tuhan yang satu....
Kita berkiblat kepada satu kiblat..Kaabah..
Kita kembali ( mati ) ke tempat yang satu..iaitu alam akhirat...
Kita akan ditempatkan ditempat yang satu..syurga Allah..Insya Allah..
Ingatlah..Penyatuan kita hanya kepada Allah....

Jumaat, 5 Februari 2010

JANGAN BANYAK CAKAP BIAR BANYAK BUAT..

Allah menjadikan/mencipta makhlukNya dengan berbagai bentuk,rupa,perangai/feal dan sebagainya.Dia juga memberikan makhlukNya dengan berbagai keistimewaan dan kelebihan...
Semuanya ini adalah untuk menunjukan bahawa betapa Maha Penciptanya Allah dan Maha Bijkasananya Allah Taala....
Terdapat manusia boleh meniru suara binatang dan terdapat juga binatang boleh tiru cakap manusia...

Bercakap atau berkata-kata merupakan alat komunikasi...manusia dengan manusia,binatang dengan binatang dan terdapat juga antara manusia dan binatang...
Terdapat kelebihan manusia yang pandai bercakap yang dinamakan pemidato...cakapnya membuatkan orang terpegun dan membisu..susunan kata yang menarik..alunan suara yang merdu..ditambah pula dengan rupa wajah yang cantik dan sempurna..sudah pasti akan menjadi pujaan dan sanjungan setiap insan yang mendengar dan melihatnya dan ianya juga boleh menjadi sumber rezeki yang melimpah ruah kepada yang empunya kelebihan ini.

Itulah dia kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya... kita jangan lupa diri..itu kurniaan Allah..dan jangan disalah guna..kerana pepatah melayu ada berkata " kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.." dan pepatah arab juga ada berkata " lidah itu lebih tajam dari mata pedang " ini membuktikan bahawa kemahiran ini dekat dengan jurang kebinasaan..berhati-hatilah..

Dalam ilmu tasawuf juga ada menitik beratkan tentang sifat-sifat mazmumah iaitu banyak cakap merupakan salah satu sifat yang dikeji oleh Allah kerana ia boleh merosakan diri dan orang lain malah boleh merosakan Agama,bangsa dan negara.

Nabi Juga telah menjelaskan bahawa memfitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh.

Oleh itu sidang pembaca sekalian berhati-hatilah dalam berbicara,fikir dulu sebelum bercakap kerna ia mugkin benar atau mungkin dusta...

Khamis, 4 Februari 2010

KENAPA KITA LUPA KEPADA QADA' DAN QADAR??....

Sudah menjadi kebiasaan kita..apabila sesuatu yang duduk bilanganya diakhir kita mudah lupa..
dan dalam syariat Islam kita,bila kita tertidur dan lupa Allah maafkan kita...
Itu masalah syariat...Tapi...dalam masalah lupa rukun iman..itu berkaitan dengan aqidah,maka binasalah aqidah kita..binasa aqidah binasalah islam...apa gunanya hidup tanpa agama!!!!..

Perkara yang hendak diperkatakan disini adalah kebanyakan kita lupa kepada rukun Iman yang ke enam iaitu beriman kepada QADA' DAN QADAR ALLAH...
yang paling mudah yang berlaku dalam kehidupan kita iaitu apabila seorang itu dikurniakan Allah hidup senang-lenang...ada pula sebilangan kecil masyarakat yang berjiran dok mengumpat,iri hati/busuk hati.. dok kata yang macam-macam..yang sebenarnya dia sakit hati orang lebih senang dari dia....

Tidakkah itu dikata lupa kepada Qada' dan Qadar Allah...Allah dah tulis di LuhMahfuz bahawa orang hidup senag/kaya akan terima hakikat itu apabila masa dan ketikanya akan tiba..maka apabila tiba masanya ia akan jadi seperti mana yang telah ditentukan/ditetapkan Allah!...

Tapi oleh kerana kita lupa..kita jadi tak beriman dan tambah lagi dengan dosa mengumpat..orang yang mengumpat orang lain kena minta ampun dengan orang yang diumpat,
kalau tak minta ampun/tak minta maaf atas dunia ni..kenalah cari orang yang diumpat tu kat padang mahsyar....sanggupkah kita?...

Oleh itu jagalah iman kita,jangan dok asyik baring tengah jalan..dok rosak harta orang dan sebagainya..

lu fikirlah sendiri Allahi itu telah sediakan dua jalan...jalan ke arah kebaikan iaitu ke Syurga dan jalan ke arah kebinasaan iaitu jalan ke Neraka..nauzubillah...

"Hidup jangan jadi burung tiung yang hanya pandai bercakap.."


Hayatilah dan amatilah...

Rabu, 3 Februari 2010

BERSATULAH KITA.......

Pepatah melayu berkata : " BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH "
Itulah lambang betapa kuat dan semangatnya masyarakat melayu kita dimasa yang lalu..sebab itu kerajaan melayu Melaka dulu dapat memajukan kerajaan Melaka termasyhur diseantaro dunia dengan negara perdagangan.an
Kerajaan Melayu Melaka dahulu bukan sahaja maju dengan ekonominya tetapi juga maju dari segi kemasyarakatanya,penduduk aman damai,rukun damai dan sebagainya..
Melaka maju dari Agama,bangsa dan negara,apa sebabnya?..jawapanya adalah masyarakatnya akur kepada pemerintah,taat kepada undang-undang dan peraturan negeri,masyarakatnya yang berfikiran terbuka dan hidup bersatu padu...
Tapi..apa dah jadi bangsa melayu sekarang ini....perkara kecil-kecil pun boleh memecah belahkan bangsa..

renung-renungkanlah...

Kata berpegang kepada kitab suci Al-Quran..tapi masih pilih-pilih...
Dalam Quran Allah telah berfirman : " Berpegang tuguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan Janganlah kamu berpecah belah.."

KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN....

Firman Allah :" Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di atas muka bumi seorang Khalifah........"
Ayat ini Allah menyatakan bahawa Ia hendak menjadikan/pencipta seorang khalifah di atas muka bumi..
kalau kita mencari/membaca di ayat yang lain,ada ayat yang menceritakan bahawa Allah telah bertanya kepada sekalian makhlukNya untuk memikul amanahNya di atas muka bumi ini...
sebesar-besar gunung tidak sanggup menerima/memikul amanah tersebut tetapi manusia yang kerdil sanggup untuk memikul t/jawab/amanah tersebut....
Maka kita atau sesiapa yang bernama manusia....carilah apa perkara yang diamanahkan itu..
..menyembah Allah... apakah itu amanah tersebut.....tetapi semua makhluk menyembah Allah!!!..

Selasa, 2 Februari 2010

KECEMERLANGAN DIRI

Firman Allah dalm surah At-Tin : " Sesungguhnya Kami jadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian"
Sebaik-baik kejadian manusia adalah disebabkan manusia itu dikurniakan/dibekalkan dengan akal sebagai alat untuk berfikir,mencari kebenaran yang hakiki,membezakan mana yang baik dan yang buruk,mana yang boleh dan mana yang tidak boleh,mana yang memudaratkan mana yang mendatangkan manfaat dan sebagainya..semuanya perlu menggunakan akal yang waras..
sebab itu dalam melaksanakan syariat islam perkara yang utama dititik beratkan adalah kewarasan akal fikiran..jika sebaliknya maka syariat tersebut terlepas daripadanya.
Fikir-fikirkanlah...GUNAKANLAH AKAL DENGAN SEBAIK-BAIKNYA DAN JANGAN HANYA BERTUHANKAN NAFSU SEMATA-MATA....

Dalam ayat seterusnya Allah memperingatkan : " Kemudian Aku letakannya ketahap/tingkat yang serendah-rendahnya ( lebih rendah daripada martabat haiwan ).."

Haiwan kasihkan anak...tapi manusia buang anak dalam tong sampah,dalam tangki najis,dalam mangkuk tandas dan berbagai tempat lagi...
Mana perginya sifat yang dikatakan sifat peri kemanusiaan...