Halaman

Jumaat, 5 Februari 2010

JANGAN BANYAK CAKAP BIAR BANYAK BUAT..

Allah menjadikan/mencipta makhlukNya dengan berbagai bentuk,rupa,perangai/feal dan sebagainya.Dia juga memberikan makhlukNya dengan berbagai keistimewaan dan kelebihan...
Semuanya ini adalah untuk menunjukan bahawa betapa Maha Penciptanya Allah dan Maha Bijkasananya Allah Taala....
Terdapat manusia boleh meniru suara binatang dan terdapat juga binatang boleh tiru cakap manusia...

Bercakap atau berkata-kata merupakan alat komunikasi...manusia dengan manusia,binatang dengan binatang dan terdapat juga antara manusia dan binatang...
Terdapat kelebihan manusia yang pandai bercakap yang dinamakan pemidato...cakapnya membuatkan orang terpegun dan membisu..susunan kata yang menarik..alunan suara yang merdu..ditambah pula dengan rupa wajah yang cantik dan sempurna..sudah pasti akan menjadi pujaan dan sanjungan setiap insan yang mendengar dan melihatnya dan ianya juga boleh menjadi sumber rezeki yang melimpah ruah kepada yang empunya kelebihan ini.

Itulah dia kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya... kita jangan lupa diri..itu kurniaan Allah..dan jangan disalah guna..kerana pepatah melayu ada berkata " kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.." dan pepatah arab juga ada berkata " lidah itu lebih tajam dari mata pedang " ini membuktikan bahawa kemahiran ini dekat dengan jurang kebinasaan..berhati-hatilah..

Dalam ilmu tasawuf juga ada menitik beratkan tentang sifat-sifat mazmumah iaitu banyak cakap merupakan salah satu sifat yang dikeji oleh Allah kerana ia boleh merosakan diri dan orang lain malah boleh merosakan Agama,bangsa dan negara.

Nabi Juga telah menjelaskan bahawa memfitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh.

Oleh itu sidang pembaca sekalian berhati-hatilah dalam berbicara,fikir dulu sebelum bercakap kerna ia mugkin benar atau mungkin dusta...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan