SEJARAH SOLAT
1.SOLAT SUBUH.
Manusia yang pertama mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adan a.s,iaitu ketika
baginda keluar daru Syurga lalu turun ke bumi.Perkara pertama yang baginda lihat
adalah kegelapan malam,baginda teramat takut,apabila fajar subuh terbit,baginda
solat dua rakaat.
Rakaat pertama : Baginda bersyukur kerana telepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua : Baginda bersyukur kerana siang telah menjelma.
2.SOLAT ZOHOR.
Manusia yang pertama mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim,iaitu tatkala
Allah memerintahkan Baginda mengorbankan anaknya Nabi Ismail,seruan itu datangnya
ketika Tergelicir matahari,lalu sujudlah baginda empat rakaat.
Rakaat Pertama : Tanda bersyukuran bagi penebusan.
Rakaat kedua : Tanda bersyukuran kerana dibukakan dukacitanya dan anaknya.
Rakaat ketiga : Tanda bersyukuran dan memohon keradhaan Allah.
Rakaat keempat : Tanda bersyukur kerana korbanya telah digantikan dengan gantian
kibas.
3.SOLAT ASAR.
Manusia yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda telah
dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun.Sedang ketika itu waktu asar,lalu
baginda solat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah dari ikan
Nun.
Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahanya.
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga : Kelam dengan malam.
Rakaat keempat : Kelam dalam perut ikan Nun.
4.SOLAT MAGHRIB.
Manusia yang pertama mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s.kerana baginda
telah dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohan umatnya,sedang waktu
itu matahari telah terbenam,lalu baginda solat tiga rakaat.
Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan tomahan terhadap ibunya yang
melakukan perbuatan yang terlarang.
Rakaat ketiga : Untuk menyakinkan umatnya bahawa tuhan itu Esa iaitu Allah SWT.
5. SOLAT INSYAK.
Manusia yang pertama mengerjakan Solat Insya ialah Nabi Musa A.S,telah tersesat
mencari jalan keluar dari Madyan,sedang dalam dadanya penuh dengan dukacita.Allah
telah mengilangkan segala rasa dukacitanya pada waktu Insya yang terakhir,Lalu
sembahyang Nabi Musa empat rakaat.
Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak firaun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan