Halaman

Khamis, 15 Julai 2010

ISRA' WAL MIKRAJ

Tanggal 27 rejab merupakan satu tarikh yang akan sentiasa dihayati oleh umat Islam diseluruh dunia,kerana ianya terdapat satu peristiwa penting yang berlaku kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw. yang diberi nama peristiwa Isra'mikraj dan perkara ini juga telah termaktub dalam Al-Quran.
Antara intipati peristiwa Isra'mikraj ini adalah Nabi Muhammad telah bermunajad bertemu dengan Allah swt. dan menerima kefardhuan 'SOLAT' lima waktu.
Kenapa pentingnya Solat?
1.Solat merupakan ikatan/perjanjian hamba(manusia) dengan Allah,kerana dalam solat 5 waktu itu kita sentiasa memperbarui shahadah kita kerana berkemungkinan dalam ruang antara solat mungkin kita telah melakukan syirik kepada Allah,maka keislaman kita akan terjaga dan terselamat kerana aqidahlah yang akan menjadi kunci kita untuk memasuki syurga Allah yang kekal abadi itu.

2.Solat juga untuk menentukan perbezaan antara orang Islam dan orang kafir.

3.Solat juga merupakan mikraj kita berhubung/perbualan dengan Allah,ianya akan memperkuatkan keyakinan kita kepada Allah sebagai Tuhan yangb bersifat Maha sempurna.

4.Solat merupakan tiang agama,siapa yang mendirikanya ia mendirikan agama dan siapa yang meniggalkanya maka ia telah meruntuhkan agama.

5.Solat juga sebagai penjaga kita kerana solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

6. Amalan solat juga adalah amalan yang akan mempertingkatkan ganjaran pahala kepada seseorang hamba kerana walaupun 5 waktu tapi ganjaranya menyamai 50 waktu,kerana umat Nabi Muhammad mempunyai keistimewaan,setiap amalan akan digandakan sehingga ada yang digandakan kepada 1000 kali ganda.

7. Perkara yang pertama-tama akan dihitung di akhirat nanti adalah ibadah Solah dan solah juga yang akan menentukan amalan-amalan yang lain akan diterima oleh Allah,jika amalan solah kita binasa maka amalan-amalan turut akan sia-sia.

Itulah diantara intipati dan kelebihan amalan solat yang menjadi keutamaan umat Islam dalam kehidupan seharian dari akil baligh hingga akhir hayat.

Sama-samalah kita fikir-fikirkan demi mencari keredhoan Ilahi dan keberkatan kehidupan kita di dunia dan mendapat tempat di Syurga Allah di akhirat nanti..Insya Allah...wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan