Halaman

Rabu, 7 Julai 2010

Menyambut ulang tahun kelahiran

Sesungguhnya hidup dan mati itu adalah ketentuan Allah.
setiap saat dan masa ada insan akan dilahirkan dan setiap saat dan masa ada insan yang akan dipanggil/mati.
Mengingati hari kelahiran merupakan suatu yang perlu kerana :-
1.Dapat menghitung umur...agak berapa lagi tinggal..
2.Dapat memuhasabah diri..setahun yang telah lepas berapa banyak ibadah yg telah
dilaksanakan.
3.Mendapat doa yang khusus dari Rakan dan kenalan.
4.Dapat merasakan diri dihargai dan disayangi oleh keluarga dan rakan2.
5.Akan merancang pembaharuan dalam kehidupan yang mendatang.
6.Kematangan dalam kehidupan akan dirasai.

Mengingati dan merayakan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw.adalah berbeza dengan majlis ulang tahun kita.

Mengigati hari kelahiran Nabi untuk menghayati sirah baginda agar umat islam akan sentiasa ingat jasa dan syariat yang telah dibawa dan mengamalkannya dalm kehidupan dan merasakan keujudan baginda dalam kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan